Untitled Document
Sejarah Sekolah

                Sekolah Kebangsaan Muhibbahraya Tawau telah dibuka pada 3 Januari 1982 atas usaha Jawatankuasa Keselamatan Kampung Muhibbahraya. Pada tahun berkenaan sebuah bangunan konkrit 3 tingkat didirikan yang dikenali sebagai Bangunan ‘A’. Pada awal penubuhan sekolah ini hanya menempatkan anak-anak dari kampung Muhibbahraya.

Pada peringkat awal sekolah ini dinamakan Sekolah Rendah Kebangsaan Kuhara dan mempunyai 425 orang murid dengan 10 buah bilik darjah serta 12 orang guru yang diketuai oleh Encik Arsad bin Baruhuk. 6 bulan selepas itu Encik Abdul Rashid Maamun mengambil alih tugas sebagai Guru Besar.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini diketuai oleh Encik Siddek Haji Jamiruddin ( YDP PIBG ketika itu ) telah memohon kepada Jabatan Pendidikan Bahagian Pendaftaran agar nama Sekolah Kebangsaan Kuhara ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Muhibbahraya kerana sekolah berkenaan didirikan di kawasan Kampung Muhibbahraya. Permohonan tersebut akhirnya diluluskan.

Pada tahun 1984, sebuah bangunan tambahan didirikan dan dikenali sebagai Bangunan B. Di samping itu, sebuah kantin dan padang sekolah dibina. Prasarana tersebut untuk menampung keperluan murid yang semakin bertambah. Jumlah murid ketika itu ialah 856 orang dan 45 orang guru. Untuk kemudahan guru-guru sebuah flat dibina berhampiran dengan padang sekolah.

Sekolah ini telah dirasmikan pada 24 September 1987 oleh yang berbahagia Datuk Wira Abdul Rahman Haji Arshad Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Pada tahun berkenaan, sebuah bangunan Projek kilat yang mengandungi 4 bilik darjah didirikan. Tujuan utama pembinaan bangunan tersebut adalah untuk menampung keperluan kanak-kanak ke tahun satu ( Daerah Tawau ).

Pada tahun 1992, Sekolah Kebangsaan Muhibbahraya ditadbir oleh bekas seorang Pengetua dari SMK Abaka iaitu Encik Saruji bin Apang, beliau menggantikan Encik Riduan Haji Donld. Pada pertengahan tahun 1995, Encik Mansor bin Palullah bekas Pegawai Pendidikan Daerah Kunak mengambilalih tugas Guru Besar. Pada tahun 1997, bangunan tambahan ( Projek Kilat ) didirikan lagi bagi menampung keperluan yang semakin bertambah. Pada tahun berkenaan, sebuah Bilik Komputer ( dikendalikan oleh syarikat luar ) diwujudkan, walau bagaimanapun ia hanya dapat bertahan selama setahun sahaja, bilik berkenaan kini dijadikan sebagai Bilik Gerakan. Pada tahun yang sama, pentas baru didirikan atas usaha bapa angkat sekolah iaitu Tuan Haji Ismail bin Ahim ( Ketua Anak Negeri ).

Atas usaha Guru Besar ( Encik Mansor bin Palullah ) sebuah bilik khas untuk Ketua-Ketua Panitia dengan dilengkapi penghawa dingin diwujudkan dan bilik berkenaan digunakan sepenuhnya pada awal tahun 1999.

Sehingga kini, Sekolah Kebangsaan Muhibbahraya Tawau mempunyai 80 orang kakitangan termasuk 10 orang KTBM. Jumlah murid lebih kurang 1673 orang dengan 42 kelas.

UPSR

Jam
Untitled Document
Kalendar
CALENDARLABS
Pautan
Laman Web KPM
Laman Web PPD Tawau
BTPN Sabah
JPN Sabah
PKG Tawau
SPS
Frog VLE
SAPS
SPPBS
SSQS
STS
I-Nilam
IQPSS
Pangkalan Data Murid Online
HRMIS
EGTUKAR
e-perlu
SGM
e-operasi
EMIS
SKPM
Facebook Sekolah
Gmail
Yahoo Mail
Pengumuman

Pengisian Data SGM http://apps.moe.gov.my/sgm/
oleh hardi pada Thursday, 15/Dec/11, 04:44 04:44:36 AM

Penafian: Segala kandungan dalam web ini merupakan maklumat yang sulit dan
hak cipta SKMT. Pihak admin tidak bertanggungjawab keatas penggunaan
maklumat dalam web ini oleh pihak ketiga.

Untuk paparan terbaik sila gunakan pelayar Mozilla Firefox dan
gunakan resolusi 1024x768.
kalau pakai internet explorer & chrome berterabur jadinya..